Showing posts with label kereta sewa. Show all posts
Showing posts with label kereta sewa. Show all posts

11 February 2015

Testimoni Pelanggan Sewa Kereta Sabah 2015

Berikut adalah Testimoni Pelanggan Sewa Kereta Sabah 2015. Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau pun pakej yang kami sediakan. Kami amat berbangga menyediakan kemudahan tersebut pada anda.


InsyaAllah, kami akan terus menyediakan perkhidmatan terbaik dimasa akan datang.


pakej kota kinabalu 2015



pakej kundasang 2015



kereta sewa kota kinabalu



kereta sewa sabah



19 December 2013

Risiko Kereta Sewa Sabah

Kenapa kami perlukan butiran seperti Nama penuh pelanggan, No IC, No Penerbangan dan Jadual Penerbangan seperti yang tertera disebelah, setiap kali customer ingin bertanya atau membuat tempahan Kereta Sewa di Sabah.


Risiko Kereta Sewa Sabah
Contoh rekod pencuri kereta sewa



Pertamanya adalah untuk membuat tapisan. Kenapa ? Ya .. untuk makluman anda, seperti kami yang membuat perkhidmatan kereta sewa di Sabah, kami terdedah dengan banyak risiko seperti Kecurian Kereta, Kecurian Sparepart Kereta (cth : gearbox, tayar, engine), Kemalangan, Aktiviti Keganasan (cth : rompakan, pembunuhan, pengganas), dan sebagainya.


Jadi setiap kali kami mendapat butiran pelanggan, kami akan membuat semakan terlebih dahulu dalam pangkalan data syarikat kami, dan pangkalan data yang berkaitan, untuk memastikan pelanggan yang ingin menyewa, benar-benar bebas dari aktiviti diatas dan tidak diragui.


Selain itu, kami perlukan butiran tersebut, untuk mengira jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan, tak nak la nanti bila, dah bagi jumlah harga, tetiba kami dapati, kereta sewa tersebut dibawa ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna, padahal sepatutnya ada bayaran tambahan yang sepatutnya dikenakan bagi perjalanan melebihi 200KM (sehala). Butiran lanjut, bayaran tambahan, ada diterangkan di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah


Sebab itu, sering kali kami ditanya, kenapa perlukan butiran diatas walaupun hanya untuk servey harga. Jadi kami harap, pelanggan dapat memahami niat kami yang sebenarnya, bukan untuk menyusahkan , tetapi untuk memudahkan kedua-dua belah pihak.

Masalah Kereta Sewa Sabah

Masalah Kereta Sewa Sabah, kereta sewa rosak ditengah jalan, minyak kereta habis, masalah tayar, engin kereta tak boleh start dan pelbagai lagi masalah yang pernah dialami oleh customer syarikat kami. Contoh terbaru, masalah tayar, dan customer risau sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Ya .. kami aku akui .. ini antara kesilapan kami dan sebaik sahaja .. customer membuat aduan. Kami terus membuat pertukaran dengan kenderaan baru. Kebetulan pula .. customer baru sahaja sampai ke Kota Kinabalu selepas semalaman di Kundasang dan seterusnya akan bergerak ke Bandar Papar.


Selain kes ini, pernah juga terjadi, kereta yang disewa tak boleh "start" ketika melalui kawasan berbukit untuk ke Kundasang. Ketika itu waktu malam, dan customer bertiga bersama anak mereka yang masih kecil. Selepas menerima panggilan dari customer, malam itu juga, staf kami ke lokasi untuk tukar kenderaan.


Inilah antara situasi masalah yang pernah dihadapi oleh kami sepanjang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Kami akui sepanjang perkhidmatan kami, memang ada kesilapan yang kami lakukan, namun .. insyaAllah .. kami akan cuba berikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada anda , selaras dengan slogan kami, " Keselesaan anda, keutamaan kami".

12 November 2013

Pakej Full Day Trip Ke Kundasang

Bagi memenuhi permintaan pelanggan kereta sewa kami, kami kini ada menyediakan Pakej Full Day Trip Ke Kundasang, dimana anda akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Kundasang untuk 1 hari sahaja, pergi pada sebelah pagi dan balik semula pada sebelah petang ke Kota Kinabalu Sabah. Pakej ini termasuk, sebuah kenderaan + pemandu dan fuel.


Pakej Full Day Trip Ke Kundasang



Lokasi adalah mengikut tentatif tersebut,

Pakej A
1. Pekan Nabalu
2. Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
3. Poring Hot Spring, Canopy Walkaway & Sulphur bath
4. Pekan Kundasang
5. Kinabalu National Park
6. Rumah Terbalik

Pakej B
1. Pekan Nabalu
2. Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
3. Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah
4. Pekan Kundasang
5. Kinabalu National Park
6. Rumah Terbalik

* Lawatan ke tempat-tempat berikut adalah bergantung kepada masa yang ada.
** Tidak termasuk makan dan tiket ke lokasi lawatan


Untuk pakej ini, kami hanya mengenakan bayaran sebanyak ;
  • RM 550 sahaja per (MPV/ Van), maximum penumpang, 10 orang dan  
  • RM 480 sahaja per (Saga / Myvi). maximum penumpang, 3 orang
Untuk keterangan lanjut mengenai pakej ini, anda boleh hubungi saya, faizul 0194817846. atau whatsapp http://wasap.my/+60194817846


15 September 2013

Selamat Hari Malaysia

Kami dari Sewa Kereta Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia, kepada semua rakyat Malaysia tak kira dimana anda berada. Kalau datang bercuti di Sabah, dan mencari kereta Sewa Sabah, anda boleh menghubungi saya, Faizul, 019-4817846.

Selamat Hari Malaysia Kereta Sewa Sabah



Kami akan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Anda boleh klik disini untuk mengetahui berkenaan testimoni pelanggan kami dan Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah


sewa kereta sabah



Selamat Menyambut Hari Malaysia 
Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku


02 August 2013

Tempahan Kereta Sewa Sabah | Cuti Sekolah September & Oktober 2013

Anda ingin bercuti di Sabah pada Cuti Sekolah, untuk bulan September atau Oktober 2013, dan memerlukan kereta sewa ? Kalau Ya, anda boleh membuat tempahan kereta sewa sekarang dengan kami, yang memberikan Servis Kereta Sewa Sabah Terbaik !


Tempahan Kereta Sewa Sabah 2013



Kami menasihatkan supaya anda, jangan tunggu saat-saat akhir, baru nak buat tempahan, takut dikuatiri kereta sewa habis ditempah, sebab sepanjang pengalaman kami, memang ramai pelanggan suka menempah kereta sewa disaat-saat akhir dengan harapan, kereta sewa masih ada, tetapi berlaku sebalinya. Oleh itu, kami harap, anda dapat Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang !


Buat masa ini, untuk bulan September & Oktober 2013 sahaja, kami sudah menerima beberapa tempahan. InsyaAllah dalam beberapa minggu lagi, rasanya tentu akan penuh. Jadi kepada yang ingin bercuti dan memerlukan kereta sewa di Sabah, kami nasihatkan supaya terus membuat tempahan kereta sewa secepat mungkin.


Cara tempahan, anda boleh baca di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah.

01 August 2013

Blog Kereta Sewa Sabah Yang Sistematik

Baru-baru nie, kami mendapat pujian dari seorang pelanggan melalui panggilan telefon. Katanya, blog awak sungguh sistematik, semua ada, panduan, harga kereta sewa, cara kiraan harga, cara menyewa dan perkara-perkara lain yang perlu pelanggan fahami, sebelum dan selepas menyewa kereta sewa. Haahhhh, begitu la kata-kata pelanggan tersebut.


Blog Kereta Sewa Sabah Yang Sistematik



Ya, asas perniagaan kami, memang untuk memudahkan pelanggan, sebab itu disini, kami akan sediakan seberapa banyak maklumat yang ada, untuk pelanggan memahami perkara-perkara berkaitan sebelum menyewa kereta, sehingga la kereta tersebut dipulangkan semula kepada kami, contohnya, sekiranya Penerbangan Delay, Apa yang Perlu Dilakukan, begitu juga kalau berlaku Kemalangan Ketika Menyewa Kereta.


Azam kami adalah dapat memberikan Perkhidmatan Kereta Sewa Sabah Terbaik kepada pelanggan. Jadi sekiranya pelanggan memahami bagaimana kami beroperasi, insyaAllah, segalanya akan berjalan dengan lancar.

06 June 2013

Kemalangan Ketika Menyewa Kereta

Baru-baru ini, sebuah kereta sewa kami telah mengalami kemalangan kecil yang menyebabkan bumper hadapan kereta saga, mengalami kerosakkan teruk dan memerlukan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan tersebut. Alhamdulillah, selepas berbincang dengan penyewa tersebut, penyewa bersetuju untuk menanggung sebahagian kos baikpulih seperti yang tertakluk dalam rental agreement.


kemalangan insurance kereta sewa



Oh ya, gambar diatas adalah kereta tersebut selepas diperbaiki. Nampak seperti baru kan ! Terima kasih kepada tuan punya kedai yang membaiki kereta kami dengan baik. Memang puas hati la perkhidmatan yang diberikan.


insurance untuk kereta sewa



Begini la keadaan bumper kereta yang rosak terus selepas melanggar penghadang jalan. Alhamdulillah, penyewa dan penumpang selamat. Apa-apa pun kepada penyewa kereta sewa kami, masa memandu .. memandu la dalam keadaan selamat, dan ingat orang tersayang .. ^__^

17 May 2013

Kereta Sewa Sabah - Jalan Ke Kundasang

As salam, antara soalan yang biasa diajukan oleh pelanggan, antaranya, bagaimana keadaan jalan ke Kundasang Sabah, Okey ke ?. Kalau sewa kereta viva auto, boleh ke pergi ke sana ? Boleh ke naik bukit dan macam-macam lagi.


kereta sewa sabah - perjalanan ke kundasang



Untuk makluman anda, keadaan jalan raya disini, sekarang dah banyak yang dah dinaiktaraf, dan boleh dilalui oleh pelbagai saiz kenderaan tak kira, kereta besar atau kecil. Antaranya, gambar diatas dan dibawah ini, semasa saya pergi ke Kundsang bulan 1, 2013. Masa ini saya menggunakan kereta sewa Myvi auto. Perjalanan ke sana, memang okey, walaupun kadang kala, jalan agak basah. Biasa la, bulan satu, memang kerap hujan.


kereta sewa sabah - jalan ke kundasang



Perjalanan ke Kundasang, mengambil masa dalam 2 jam lebih, dengan jarak perjalanan dalam 86KM lebih. Sebelum sampai ke Kudasang, singgah dulu di Kinabalu Park. Masa disini, kami naik sampai ke tempah permulaan mendaki ke puncak Gunung kinabalu. Nak naik ke atas dengan kereta memang okey walaupun jalannya agak curam.


sewa kereta sabah - jalan ke kundasang



Selepas menikmati pemandangan di kaki Gunung Kinabalu, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, dan menginap disana beberapa hari. So far, dalam perjalanan, memang tak ada jalan yang rosak atau, jalan tak bertar seperti andaian sesetengah pihak. Jadi, jangan risau la !


sewa kereta kota kinabalu - jalan ke kundasang sabah



30 April 2013

Rancang Percutian Anda - Tempah Kereta Sewa Sekarang

Alhamdulillah, minggu nie, sambutan untuk Kereta Sewa di Kota Kinabalu, Sabah, memang amat mengalakkan. Boleh dikatakan kesemua kereta yang kami ada, habis disewa. Kesian jugak kepada pelancong yang baru tiba di Kota Kinabalu, yang bertanya nak sewa kereta, tapi terpaksa kami tolak sebab, semuanya dah habis di tempah atau telah disewakan.


sewa kereta sabah



Bercakap pasal pengurusan ketika bercuti, memang amat penting untuk anda, yang datang bercuti di Kota Kinabalu dan ingin menyewa kereta atau hotel, supaya terlebih dahulu membuat tempahan lebih awal. Ini penting untuk memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.


Cuba bayangkan, dah semua bergembira nak bercuti, tapi bila tiba ditempat yang dituju, hotel atau kereta sewa dah habis ditempah. Bagaimana perasaan anda ketika itu ? Tentu tidak seronok kan !.


Sebab itu saya selalu tekankan kepada penyewa, supaya dapat menguruskan percutiaan anda dengan bijak. Ianya bukan sahaja dapat membantu melancarkan percutian anda, bahkan juga membantu kami, untuk menyediakan kereta sewa yang telah diservice dengan baik, agar perjalanan percutian anda berjalan dengan lancar.


Untuk membuat tempahan, atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi;


Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Kinabalu;
Call/SMS/WhatApp/WeChat/LINE/Viber
Faizul - 019 481 7846

08 April 2013

Testimoni Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, berikut adalah antara testimoni customer, yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa kami, Pn Zaharani yang menyewa kereta sewa Avanza 1.3 Auto First Edition, untuk perjalanan ke Kundasang. Dari pertanyaan menerusi WhatApp, beliau sangat berpuas hati, dengan perkhidmatan yang kami sediakan

Jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa kami, untuk tempahan, anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah;

Call/SMS/WhatApp/WeChat/Viber 
Faizul - 019 4817846 

Testimoni Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah



Antara testimoni dari Blogger

1. Testimoni Kereta Sewa Sabah - Blogger Sharal-La

2. Mira Edora : Kota Kinabalu Trip : Day 2

3. Travel Uniquely : The Tour Before Climbathon 2013