Showing posts with label kereta sewa kk sabah. Show all posts
Showing posts with label kereta sewa kk sabah. Show all posts

26 October 2015

Diskaun RM 20 Sehari Kereta Sewa Sabah OKT 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

sewa kereta kota kinabalu sabah


PROMOSI KERETA SEWA SABAH OKT 2015
==================================

Mulai 26/10/2015 hingga 31/10/2015 ini, kami menawarkan promosi diskaun sebanyak RM 20 / sehari bagi jenis kereta Saga (A) dan Myvi (A) sahaja.


Tarikh tempahan, terpulang kepada ANDA ! Bila-bila pun boleh ! Minggu Depan ! Tahun 2016 ataupun 2017 pun boleh. Tetapi anda kena sahkan tempahan anda dalam minggu ini (2610/15 - 31/10/15) sahaja.


Syaratnya :
1. Like Page SewaKeretaSabah -
2. SMS / whatsapp butiran & code ini : DISKAUN RM20 - Tarikh Sewaan : Masa Sewaan - Tarikh Return : Masa Return ke 0194817846
CTH : DISKAUN RM20 - 20/2/2016 : 8.00AM - 22/2/2016 : 5.00PM ke 0194817846
3. Kami akan buat semakan samada kereta tersebut masih availabe untuk tarikh tersebut.
4. Sekiranya masih availabe. Anda perlu membuat bayaran wang pendahuluan untuk pengesahan tempahan.


26 February 2015

Gempa Bumi Di Sabah Punca Dari Dasar Laut Sulu 25 Feb 2015

Gegaran gempa bumi yang berlaku kira-kira 9.30 pagi semalam, turut dirasai di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Gempa berukuran 5.6 pada skala Richter itu dikesan terletak pada 194 kilometer dari Timur Laut Kinabatangan.


Gempa Bumi Di Sabah Punca Dari Dasar Laut Sulu



Tiada laporan tanah runtuh / kemalangan / kecederan dilaporkan.


Bagi yang ingin memandu ke kawasan berkenaan, anda tidak perlu risau. InsyaAllah semuanya dalam keadaan selamat.

09 July 2013

Penerbangan Delay, Apa Perlu Anda Lakukan

Pengalaman menunggu penumpang kereta sewa, di airport Kota Kinabalu, Sabah, memang banyak ! Antaranya, penyewa yang lambat sampai disebabkan penerbangan ditangguhkan (delay). Kalau 10-20 minit, tak apa lagi. Nie kadang-kadang, boleh hingga 2-3 jam. Ada tu, yang tak sampai-sampai pun ada, sebab tertinggal kapal terbang dan hal-hal lain.


kereta sewa sabah airport kota kinabalu



Bagi penyewa kereta sewa, perkara seperti ini, mungkin adalah perkara biasa, akan tetapi bagi runner atau kami yang menunggu ketibaan penyewa, ianya memang satu pekerjaan yang memenatkan. Bayangkan la, menunggu dua tiga jam di airport. Lepas tu nak kejar trip lain lagi. Jadi banyak masa terbuang kat situ sahaja. Disebabkan kelewatan seperti itu, banyak rancangan tergendala dan lari dari jadual yang ditetapkan.


Sebab itu la, kami memohon kepada penyewa, sekiranya anda tak jadi nak sewa kereta, ataupun mengalami situasi "penerbangan delay", sila maklumkan kami dengan segera supaya kami dapat menjadualkan semula penghantaran kereta sewa yang anda tempah.

05 July 2013

Kereta Sewa Sabah - Myvi Auto

Dua tiga minggu lepas, kami menerima sebuah lagi Myvi auto baru yang akan digunakan sebagai kereta sewa di Sabah yang mula disewakan mulai bulan Jun 2013. Alhamdulillah, dengan Myvi ini dan sebuah lagi Saga FLX yang akan keluar sebelum raya, insyaAllah akan dapat menampung pemintaan kereta sewa yang makin bertambah setiap minggu.


kereta sewa sabah kk myvi



Kami lebih menggalakkan anda untuk membuat tempahan lebih awal, memandangkan ramai yang yang tak dapat kereta disaat-saat akhir. Oleh itu, kami berharap anda dapat Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang !


kereta sewa sabah kk myvi 2013



Untuk tempahan, pertanyaan dan rundingan harga berkenaan kereta sewa Myvi auto ini atau kenderaan lain, anda boleh menghubungi saya, Faizul, 0194817846.


22 May 2013

Cara Tempah Kereta Sewa Sabah

Semenjak update dan kemaskini format untuk tempahan kereta sewa pada entry Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah, saya lihat, dah ada beberapa pelanggan yang dah menggunakannya.


harga kereta sewa sabah

Contoh seperti berikut:

Azmi 0194511251 780112045123 AirAsia 24/5/13, 4.50pm - 27/5/13, 5.10pm Myvi auto dan SMS ke 0194817846.


Pada mulanya, tujuan saya buat begini, adalah untuk memudahkan saya mengira jumlah kos yang perlu dibayar oleh pelanggan, selain menjimat kos untuk SMS atau call, ketika berurusan dengan pelanggan. Tak perlu la nak tanya 2-3 kali SMS, baru dapat butiran sebenar.


Kalau dah dapat maklumat seperti diatas, saya dah boleh nampak, pelanggan tersebut nak sewa bila, berapa lama dan kereta apa yang diperlukan. Jadi saya boleh semak terus samada kereta tersebut masih available atau tak pada masa tersebut.


Selepas tu, kalau nak minta diskaun atau kurangkan harga sewa kereta, mungkin boleh, tapi kena bincang dulu la. Biasanya, diskaun hanya diberikan untuk pelanggan yang menyewa lebih dari 7 hari ke atas. Kalau yang 1-6 hari nie, selalunya saya letak harga pasaran, seperti yang anda lihat pada link Harga Kereta Sewa diatas, namun masih boleh lagi "dibincang".


Kata orang, kalau tak bertanya, sesat jalan, jadi apa-apa pun, SMS dulu butiran diatas, insyaAllah, saya akan berikan kadar sewa kereta berpatutan untuk anda.


Oh ya, untuk makluman anda juga, jumlah harga untuk sewa kereta sudah include penghantaran kereta sewa ke airport, caj untuk service kereta dan lain-lain lagi, yang mana saya fikirkan perlu, untuk memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik, boleh digunakan, dan selesa untuk kegunaan anda dan pelanggan-pelanggan seterusnya.