Showing posts with label kereta sewa kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kereta sewa kota kinabalu. Show all posts

05 February 2014

Child Seat dan GPS untuk Disewa

Anda memerlukan Child Seat dan GPS untuk digunakan semasa menyewa kereta di Kota Kinabalu, Sabah. Usah risau, kerana kami turut menyediakan perkhidmatan ini dengan tawaran sewa yang rendah. Bagi setiap add on salah satu iteam ini, sewaan hanya RM50 sahaj bagi sekali guna. Berikut adalah beberapa gambar child car seat yang boleh disewakan semasa menggunakan kereta sewa di Sabah.


child seat kereta sewa sabah



Untuk tempahan, anda boleh menggunakan BORANG TEMPAHAN KERETA SEWA


child car seat kereta sewa sabah



30 January 2014

Sewa Kereta Sabah Untuk Cuti Sekolah

Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang makin bertambah menjelang musim cuti sekolah ini, kami telah menambah beberapa MPV seperti Toyota Avanza 1.5 dan Toyota Innova untuk disewakan. Biasanya cuti sekolah, memang ramai ibubapa yang membawa anak-anak bercuti di Sabah. Jadi untuk tidak mengecewakan permintaan pelanggan .. kami menyediakan beberapa MPV tambahan untuk memenuhi keperluan tersebut.


toyota-innova-kereta-sewa-kota-kinabalu



Untuk keterangan lanjut mengenai harga bagi kenderaan ini, sila layari Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah. Format Pengiraan Sewa Kereta Sabah juga disediakan sekiranya anda ingin mengetahui jumlah yang perlu dibayar untuk pengiraan budget anda.


Toyota_Innova_kereta_sewa_sabah



Untuk tempahan, anda boleh la mengisi Borang Tempahan Kereta Sewa


21 January 2014

Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Sabah

Dua buah Toyota Hiace dan sebuah Avanza untuk kegunaan beberapa pelanggan kami malam ini di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Memang telah menjadi rutin kami untuk menunggu pelanggan awal, sebelum ketibaan mereka, bagi memudahkan urusan sewaan. Kami faham, pelanggan tentu penat, dan memerlukan kenderaan dengan segera sebaik sahaja mendarat untuk ke lokasi yang dituju.


kereta sewa sabah kota kinabalu



Jadi untuk memudahkan urusan penghantaran sewa kereta tersebut, kami amat memerlukan butiran lengkap pelanggan termasuk nombor penerbangan seperti yang disebelah kanan anda, semasa tempahan, bertujuan, sekiranya Penerbangan Ditunda, kami boleh sedia maklum berkenaan perkara tersebut, dan menyediakan kenderaan mengikut masa ketibaan yang terkini.


Untuk keterangan lanjut, berkenaan harga Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Sabah, anda boleh layari, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

Kereta Sewa Sabah - Saga FLX (A) 2014

Berikut adalah Kereta Sewa Sabah - Saga FLX (A) 2014, antara kenderaan terbaru kami, yang kami sediakan untuk kegunaan pelanggan semasa bercuti di Sabah. Untuk keterangan lanjut mengenai, cara kiraan, anda boleh layari, Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah.


kereta-sewa-sabah-saga-flx-2014



Untuk senarai harga, anda boleh layari Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah. Sila fahami cara kiraan kami, untuk memudahkan anda membuat budget, dan selepas itu, anda boleh membuat tempahan mengikut cara yang telah disediakan.


19 December 2013

Risiko Kereta Sewa Sabah

Kenapa kami perlukan butiran seperti Nama penuh pelanggan, No IC, No Penerbangan dan Jadual Penerbangan seperti yang tertera disebelah, setiap kali customer ingin bertanya atau membuat tempahan Kereta Sewa di Sabah.


Risiko Kereta Sewa Sabah
Contoh rekod pencuri kereta sewa



Pertamanya adalah untuk membuat tapisan. Kenapa ? Ya .. untuk makluman anda, seperti kami yang membuat perkhidmatan kereta sewa di Sabah, kami terdedah dengan banyak risiko seperti Kecurian Kereta, Kecurian Sparepart Kereta (cth : gearbox, tayar, engine), Kemalangan, Aktiviti Keganasan (cth : rompakan, pembunuhan, pengganas), dan sebagainya.


Jadi setiap kali kami mendapat butiran pelanggan, kami akan membuat semakan terlebih dahulu dalam pangkalan data syarikat kami, dan pangkalan data yang berkaitan, untuk memastikan pelanggan yang ingin menyewa, benar-benar bebas dari aktiviti diatas dan tidak diragui.


Selain itu, kami perlukan butiran tersebut, untuk mengira jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan, tak nak la nanti bila, dah bagi jumlah harga, tetiba kami dapati, kereta sewa tersebut dibawa ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna, padahal sepatutnya ada bayaran tambahan yang sepatutnya dikenakan bagi perjalanan melebihi 200KM (sehala). Butiran lanjut, bayaran tambahan, ada diterangkan di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah


Sebab itu, sering kali kami ditanya, kenapa perlukan butiran diatas walaupun hanya untuk servey harga. Jadi kami harap, pelanggan dapat memahami niat kami yang sebenarnya, bukan untuk menyusahkan , tetapi untuk memudahkan kedua-dua belah pihak.

Masalah Kereta Sewa Sabah

Masalah Kereta Sewa Sabah, kereta sewa rosak ditengah jalan, minyak kereta habis, masalah tayar, engin kereta tak boleh start dan pelbagai lagi masalah yang pernah dialami oleh customer syarikat kami. Contoh terbaru, masalah tayar, dan customer risau sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Ya .. kami aku akui .. ini antara kesilapan kami dan sebaik sahaja .. customer membuat aduan. Kami terus membuat pertukaran dengan kenderaan baru. Kebetulan pula .. customer baru sahaja sampai ke Kota Kinabalu selepas semalaman di Kundasang dan seterusnya akan bergerak ke Bandar Papar.


Selain kes ini, pernah juga terjadi, kereta yang disewa tak boleh "start" ketika melalui kawasan berbukit untuk ke Kundasang. Ketika itu waktu malam, dan customer bertiga bersama anak mereka yang masih kecil. Selepas menerima panggilan dari customer, malam itu juga, staf kami ke lokasi untuk tukar kenderaan.


Inilah antara situasi masalah yang pernah dihadapi oleh kami sepanjang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Kami akui sepanjang perkhidmatan kami, memang ada kesilapan yang kami lakukan, namun .. insyaAllah .. kami akan cuba berikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada anda , selaras dengan slogan kami, " Keselesaan anda, keutamaan kami".

21 November 2013

Tempahan Kereta Sewa Sabah - Disember 2013

Semenjak awal bulan 11 lagi, kami telah menerima banyak tempahan kereta sewa untuk bulan 11 dan 12. Memamng tak menang tangan dibuatnya. Sekejap .. sekejap orang call untuk buat tempahan, malah dah ada beberapa pelanggan kami yang telah tempahan awal untuk Cuti Sekolah bulan Mei 2014. Alhamdulillah, permintaan untuk Kereta Sewa Sabah .. sungguh menggalakkkan.


Kereta Sewa Sabah - Toyota Wish 2013

Baru-baru ini juga, kami telah menerima beberapa buah lagi kereta sewa yang akan digunakan oleh pelanggan kami. Antaranya,


1. Saga Auto : RM 140 / sehari
2. Saga Manual : RM 130 / sehari
3. 2 unit Toyota Wish (A) : RM 300 / sehari

Gambar kenderaan tersebut, ada seperti gambar dibawah;

Kereta Sewa Sabah 1 - Toyota Wish 2013

Toyota Wish (A) 2013

kereta-sewa-sabah-saga-auto-2013

Saga FLX Auto 2013

kereta-sewa-sabah-saga-manual-2013

Saga FLX Manual 2013

30 October 2013

Toyota Hiace Kereta Sewa Sabah

Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang lebih besar untuk percutian di Sabah, yang mana boleh muat antara 10 hingga 12 orang dalam satu masa. Apa kata, anda sewa Toyota Hiace ini. Harga yang kami tawarkan, amat berpatutan !


Toyota Hiace Kereta Sewa Sabah



Selain Toyota Hiace, kami juga mempunyai Toyota Innove, dan Nissan Urvan yang boleh memuatkan 10 - 12 orang dalam satu-satu masa. Untuk keterangan lanjut mengenai harga kenderaan ini, anda boleh lihat di sini, Harga Kereta Sewa Sabah


p/s: Rancang percutian anda dengan bijak dan tempah kenderaan lebih awal sekarang ! ^__^

30 September 2013

Kereta Sewa Avanza Kota Kinabalu 2013

Selepas menerima sebuah Toyota Avanza Baru pada Mei 2013, minggu lepas, 26/09/2013, kami menerima sebuah lagi kereta sewa Toyota Avanza (A) menjadikan sekarang 2 buah Avanza baru untuk disewakan di Kota Kinabalu Sabah, tahun ini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Untuk mengetahui kadar kereta sewa bagi kenderaan ini, anda boleh rujuk di sini, Harga Kereta Sewa Sabah. Bagi yang pertama kali ingin menyewa kereta sewa di Kota Kinabalu, anda boleh layari Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah untuk keterangan lanjut.


kereta sewa kk sabah



Sebarang pertanyaan atau tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah, anda boleh menghubungi saya, Faizul seperti yang tertera disebelah.


Saya juga mengalu-alukan anda untuk menggunakan perkhidmatan mobile messaging seperti WhatApp, WeChat, LINE, dan Viber, untuk sebarang pertanyaan berkenaan kereta sewa, kerana ianya lebih senang dan menjimatkan .. ^__^

26 September 2013

Pakej Percutian 5 Hari 4 Malam Kota Kinabalu Sabah

Selain menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa, kami juga menyediakan PAKEJ PERCUTIAN 3H2M, 4H3M @ 5H3M . Pakej ini meliputi PENGANGKUTAN sahaja ke tempat-tempat yang ingin anda lawati. Kenapa pengangkutan sahaja ? kerana berdasarkan dari pengalaman kami sebelum ini, pelanggan lebih berminat untuk mencari penginapan sendiri disamping harga yang kami tawarkan lebih murah. Mungkin pelanggan pernah terbaca berkenaan hotel / homestay tersebut atau dicadangkan oleh kawan-kawan.


pakej+percutian+kota+kinabalu+sabah



Bagi yang inginkan pakej ini, kami memerlukan tentative anda dan boleh emailkan ke faizul.planet@gmail.com

Berikut adalah salah satu antara contoh tentative pelanggan kami.

TENTATIVE 1 :

09/4/14 : 12.00PM ~ Pick up from airport to Hotel @ Homestay

10/4/14 : 7.30 AM ~ Ke Kundasang & Ranau ~ Rumah terbalik ~ Jambatan Tamparuli ~ Kinabalu park ~ timpohon view ~ Desa Cattle Dairy Farm ~ Pasar Sayur Kundasang ~ Pasar Nabalu ~ Kampung Luanti Spa Fish ~ Sabah Tea Garden ~ bermalam di Kundasang

11/4/14 : Bertolak ke Tip of Borneo ~ Singgah di Kota belut ~ Pekan Kudat ~ Tip of Borneo ~ melawat Rungus (rumah panjang) ~ Bengkel Manik Suku Kaum Rungus ~ Balik ke KK ~ Makan malam di kk bulatan todak seafood ~ Balik ke Hotel

12/4/14 : hantar ke jeti Jesslton untuk ke Pulau manukan & mamutik / pick up to hote

Petang : Pasar Sinsuran (ahad sahaja) ~ Tanjung Aru ~ Muzium Sabah ~ Masjid Negeri Sabah ~ menara tun mustapha mercu tanda sabah ~ akuarium UMS ~ 1Borneo Hypermall ~ KK Sightseeing ~ makan malam di pasar philipin ~ Pasar Malam Kampung Air ~ Balik ke Hotel

13/4/14 : Check out ~
Sambung jalan-jalan di Kota Kinabalu
Pick up to airport

TENTATIVE 2 :

09/4/14 : 12.00PM ~ Pick up from airport to Hotel @ Homestay

10/4/14 : 7.30 AM ~ Ke Kundasang & Ranau ~ Rumah terbalik ~ Jambatan Tamparuli ~ Kinabalu park ~ timpohon view ~ Desa Cattle Dairy Farm ~ Pasar Sayur Kundasang ~ Pasar Nabalu ~ Kampung Luanti Spa Fish ~ Sabah Tea Garden ~ bermalam di Kundasang

11/4/14 : Bertolak ke Tip of Borneo ~ Singgah di Kota belut ~ Pekan Kudat ~ Tip of Borneo ~ melawat Rungus (rumah panjang) ~ Bengkel Manik Suku Kaum Rungus ~ Balik ke KK ~ Makan malam di kk bulatan todak seafood ~ Balik ke Hotel

12/4/14 : KDCA Cultural Village ~ Tamu Penampang ~ Lok Kawi Wildlife Park ~ Makan malam di Air Pancut Berirama di Perdana Park, Tanjung Aru

13/4/14 : Pasar Sinsuran (ahad) ~ Tanjung Aru ~ Muzium Sabah ~ Masjid Negeri Sabah ~ menara tun mustapha mercu tanda sabah ~ akuarium UMS ~ 1Borneo Hypermall ~ Signal Hill Observatory Platform ~ makan malam di pasar philipin ~ Pasar Malam Kampung Air ~ Balik ke Hotel


Price: 
Tentative 1# RM400.00 per adult / RM200.00 per child (8 adults 1 child)
Tentative 2# RM380.00 per adult / RM180.00 per child (8 adults 1 child)

Item Include:
1 unit Van with Driver & Fuel
Entrance fee as per itinerary (except camera fee & option tour)
Driver's meal & lodge during overnight in Kundasang
Boat return transfer **Tentative 1#
Tour & program as stated

Sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan Faizul - 0194817846 .. whatapp/SMS pun boleh ..

25 September 2013

Kereta Sewa Sabah - Saga FLX Auto September 2013

Semalam, kami menerima sebuah lagi saga FLX auto baru yang akan digunakan sebagai kereta sewa Sabah, menjadikan keseluruhan kesemuanya 4 buah kereta baru untuk tahun ini. Tempahan kereta sewa ini telah dibuka mulai semalam, Selasa, 24/9/2013.


kereta sewa sabah murah



Kami menyediakan kadar Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah pada harga yang berpatutan. Untuk membuat tempahan, atau pertanyaan, sila hubungi saya atau sms/whatapp butiran disebelah, untuk membolehkan saya menyemak samada kereta tersebut masih available untuk disewa atau tidak.


Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah telah saya sediakan. Anda boleh lihat disitu. Sekiranya tidak faham, anda boleh la hubungi nombor telefon saya seperti yang tertera disebelah.


kereta sewa sabah saga auto



InsyaAllah, kami akan berikan Servis Kereta Sewa Sabah Terbaik untuk anda. Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang!

18 September 2013

Majlis Konvokesyen UMS KE-15

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa/mahasiswi yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang masing-masing. Dari info yang kami terima, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Konvokesyen KE-15, yang akan berlangsung pada 23, 24 & 25 November 2013 ini.


Konvokesyen UMS KE 15



Tentu hari gembira ini, anda ingin kongsikan dengan ahli keluarga masing-masing, dan YA .. saya rasa, pastinya anda memerlukan kereta sewa untuk pengangkutan semasa di Sabah nanti.


Oleh itu, bagi yang ingin mengunakan perkhidmatan kereta sewa sempena Majlis Konvokesyen UMS KE-15 tersebut, anda boleh menghubungi saya, Faizul, 019-481 7846. Selain itu, anda juga boleh WhatApp, atau SMS saya. InsyaAllah, saya boleh menyediakan perkhidmatan tersebut dengan kadar berpatutan.


Berkenaan kadar sewa, anda boleh lihat disini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah ataupun Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah, untuk makluman lanjut.

p/s : Kami menggalakkan anda untuk membuat tempahan kereta sewa lebih awal, untuk elak ketiadaan kereta sewa disaat-saat akhir.

26 August 2013

Testimoni Kereta Sewa Sabah - Blogger Sharal-La

Dua minggu ni memang sibuk sikit dengan tempahan kereta sewa hingga tak sempat nak update blog ini. Semalam tengah search, ternampak testimoni dari salah sorang pelanggan yang menyewa kereta sewa kami di blognya, Sharal-La pada Jun 2013 yang lalu.





Beliau menyewa viva auto selama 3 hari untuk pergi melawat tempat-tempat menarik di Sabah, seperti Kinabalu Park, Poring Hot spring, Sabah Tea, Desa Cattle Farm, Rumah Terbalik dan banyak lagi.


Nak tahu pengalaman beliau sepanjang di Sabah, anda boleh melayari blog diatas.


23 July 2013

Servis Kereta Sewa Sabah Terbaik !

Memberikan Servis Kereta Sewa Sabah Terbaik kepada pelanggan, itu sememangnya adalah keutamaan kami. Bukan nak menunjuk, tetapi kalau boleh memang kami nak pelanggan puas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.


Servis Kereta Sewa Sabah Terbaik !
antara testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami


Bukan setakat penghantaran kereta, malah dari mula membuat tempahan Kereta Sewa Sabah KK, sehinggalah pelanggan memulangkan kembali kereta sewa semula kepada kami, kalau boleh, kami nak pastikan itulah servis kereta yang terbaik yang kami dapat berikan.


Sebab itulah, kami sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari setiap pelanggan kami, agar kami dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sewa kereta kami lagi dan menjadikan perkhidmatan Kereta Sewa Kota Kinabaluadalah yang terbaik di Sabah !


09 July 2013

Penerbangan Delay, Apa Perlu Anda Lakukan

Pengalaman menunggu penumpang kereta sewa, di airport Kota Kinabalu, Sabah, memang banyak ! Antaranya, penyewa yang lambat sampai disebabkan penerbangan ditangguhkan (delay). Kalau 10-20 minit, tak apa lagi. Nie kadang-kadang, boleh hingga 2-3 jam. Ada tu, yang tak sampai-sampai pun ada, sebab tertinggal kapal terbang dan hal-hal lain.


kereta sewa sabah airport kota kinabalu



Bagi penyewa kereta sewa, perkara seperti ini, mungkin adalah perkara biasa, akan tetapi bagi runner atau kami yang menunggu ketibaan penyewa, ianya memang satu pekerjaan yang memenatkan. Bayangkan la, menunggu dua tiga jam di airport. Lepas tu nak kejar trip lain lagi. Jadi banyak masa terbuang kat situ sahaja. Disebabkan kelewatan seperti itu, banyak rancangan tergendala dan lari dari jadual yang ditetapkan.


Sebab itu la, kami memohon kepada penyewa, sekiranya anda tak jadi nak sewa kereta, ataupun mengalami situasi "penerbangan delay", sila maklumkan kami dengan segera supaya kami dapat menjadualkan semula penghantaran kereta sewa yang anda tempah.

05 July 2013

Kereta Sewa Sabah - Myvi Auto

Dua tiga minggu lepas, kami menerima sebuah lagi Myvi auto baru yang akan digunakan sebagai kereta sewa di Sabah yang mula disewakan mulai bulan Jun 2013. Alhamdulillah, dengan Myvi ini dan sebuah lagi Saga FLX yang akan keluar sebelum raya, insyaAllah akan dapat menampung pemintaan kereta sewa yang makin bertambah setiap minggu.


kereta sewa sabah kk myvi



Kami lebih menggalakkan anda untuk membuat tempahan lebih awal, memandangkan ramai yang yang tak dapat kereta disaat-saat akhir. Oleh itu, kami berharap anda dapat Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang !


kereta sewa sabah kk myvi 2013



Untuk tempahan, pertanyaan dan rundingan harga berkenaan kereta sewa Myvi auto ini atau kenderaan lain, anda boleh menghubungi saya, Faizul, 0194817846.


06 June 2013

Kemalangan Ketika Menyewa Kereta

Baru-baru ini, sebuah kereta sewa kami telah mengalami kemalangan kecil yang menyebabkan bumper hadapan kereta saga, mengalami kerosakkan teruk dan memerlukan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan tersebut. Alhamdulillah, selepas berbincang dengan penyewa tersebut, penyewa bersetuju untuk menanggung sebahagian kos baikpulih seperti yang tertakluk dalam rental agreement.


kemalangan insurance kereta sewa



Oh ya, gambar diatas adalah kereta tersebut selepas diperbaiki. Nampak seperti baru kan ! Terima kasih kepada tuan punya kedai yang membaiki kereta kami dengan baik. Memang puas hati la perkhidmatan yang diberikan.


insurance untuk kereta sewa



Begini la keadaan bumper kereta yang rosak terus selepas melanggar penghadang jalan. Alhamdulillah, penyewa dan penumpang selamat. Apa-apa pun kepada penyewa kereta sewa kami, masa memandu .. memandu la dalam keadaan selamat, dan ingat orang tersayang .. ^__^

23 May 2013

Kereta Sewa Sabah Murah

Sekiranya anda ingin bercuti di Sabah, dan memerlukan kereta sewa untuk percutian anda, kereta sewa yang manakah yang anda pilih. Kereta Sewa Sabah Murah, yang mana keadaan kereta kira boleh laaa (janji boleh jalan).. service kereta yang tak teratur, tayar kereta botak dan berkemungkinan besar boleh rosak dipertengahan jalan ...


Kereta Sewa Sabah Murah



ATAUPUN anda boleh pilih Kereta Sewa Sabah dengan kadar harga berpatutan, service kereta .. dilakukan secara berkala, dengan keadaan dalam kereta yang baik, aircond kereta sewa berfungi dengan elok dan lain-lain lagi. dan Ya, yang paling penting, disyorkan dari orang lain, yang pernah menggunakannya, seperti Testimoni Kereta Sewa ini, ataupun boleh baca ini, untuk Elak Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu..


Apa-apa pun, pilihan terletak ditangan anda. Harga kereta sewa kami, memamg berpatutan ! Nak kata mahal, mungkin tak, sebab harga dah include untuk service kereta, hantar/ambil kereta di airport dan lain-lain lagi.


InsyaAllah, dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa kami, Kereta Sewa Kota Kinabalu, perjalanan sepanjang percutian anda akan berjalan dengan lancar. Anda puas melawat tempat-tempat menarik di Sabah, seperti Kundasang, Kinabalu Park, Kolam Air Panas Poring, Rumah Terbalik, Tamparuli dan lain-lain lagi tempat tanpa masalah. Dah nama pun nak bercuti, jadi mungkin anda tak nak fikir masalah lain yang mungkin berlaku sepanjang perjalanan anda disana, seperti kereta rosak, tayar pancit dan sebagainya.


Keputusan anda yang tetapkan, jadi PILIH la dengan BIJAK !


22 May 2013

Cara Tempah Kereta Sewa Sabah

Semenjak update dan kemaskini format untuk tempahan kereta sewa pada entry Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah, saya lihat, dah ada beberapa pelanggan yang dah menggunakannya.


harga kereta sewa sabah

Contoh seperti berikut:

Azmi 0194511251 780112045123 AirAsia 24/5/13, 4.50pm - 27/5/13, 5.10pm Myvi auto dan SMS ke 0194817846.


Pada mulanya, tujuan saya buat begini, adalah untuk memudahkan saya mengira jumlah kos yang perlu dibayar oleh pelanggan, selain menjimat kos untuk SMS atau call, ketika berurusan dengan pelanggan. Tak perlu la nak tanya 2-3 kali SMS, baru dapat butiran sebenar.


Kalau dah dapat maklumat seperti diatas, saya dah boleh nampak, pelanggan tersebut nak sewa bila, berapa lama dan kereta apa yang diperlukan. Jadi saya boleh semak terus samada kereta tersebut masih available atau tak pada masa tersebut.


Selepas tu, kalau nak minta diskaun atau kurangkan harga sewa kereta, mungkin boleh, tapi kena bincang dulu la. Biasanya, diskaun hanya diberikan untuk pelanggan yang menyewa lebih dari 7 hari ke atas. Kalau yang 1-6 hari nie, selalunya saya letak harga pasaran, seperti yang anda lihat pada link Harga Kereta Sewa diatas, namun masih boleh lagi "dibincang".


Kata orang, kalau tak bertanya, sesat jalan, jadi apa-apa pun, SMS dulu butiran diatas, insyaAllah, saya akan berikan kadar sewa kereta berpatutan untuk anda.


Oh ya, untuk makluman anda juga, jumlah harga untuk sewa kereta sudah include penghantaran kereta sewa ke airport, caj untuk service kereta dan lain-lain lagi, yang mana saya fikirkan perlu, untuk memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik, boleh digunakan, dan selesa untuk kegunaan anda dan pelanggan-pelanggan seterusnya.

17 May 2013

Kereta Sewa Sabah - Jalan Ke Kundasang

As salam, antara soalan yang biasa diajukan oleh pelanggan, antaranya, bagaimana keadaan jalan ke Kundasang Sabah, Okey ke ?. Kalau sewa kereta viva auto, boleh ke pergi ke sana ? Boleh ke naik bukit dan macam-macam lagi.


kereta sewa sabah - perjalanan ke kundasang



Untuk makluman anda, keadaan jalan raya disini, sekarang dah banyak yang dah dinaiktaraf, dan boleh dilalui oleh pelbagai saiz kenderaan tak kira, kereta besar atau kecil. Antaranya, gambar diatas dan dibawah ini, semasa saya pergi ke Kundsang bulan 1, 2013. Masa ini saya menggunakan kereta sewa Myvi auto. Perjalanan ke sana, memang okey, walaupun kadang kala, jalan agak basah. Biasa la, bulan satu, memang kerap hujan.


kereta sewa sabah - jalan ke kundasang



Perjalanan ke Kundasang, mengambil masa dalam 2 jam lebih, dengan jarak perjalanan dalam 86KM lebih. Sebelum sampai ke Kudasang, singgah dulu di Kinabalu Park. Masa disini, kami naik sampai ke tempah permulaan mendaki ke puncak Gunung kinabalu. Nak naik ke atas dengan kereta memang okey walaupun jalannya agak curam.


sewa kereta sabah - jalan ke kundasang



Selepas menikmati pemandangan di kaki Gunung Kinabalu, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, dan menginap disana beberapa hari. So far, dalam perjalanan, memang tak ada jalan yang rosak atau, jalan tak bertar seperti andaian sesetengah pihak. Jadi, jangan risau la !


sewa kereta kota kinabalu - jalan ke kundasang sabah