Showing posts with label kereta sewa sabah. Show all posts
Showing posts with label kereta sewa sabah. Show all posts

12 August 2014

Testimoni Sewa Kereta Sabah - Perkhidmatan First Class

Perkhidmatan yang disediakan memang First Class !!! Itulah yang dinyatakan oleh pelanggan kami baru-baru ini dalam whatapp. Alhamdulillah, rasa seronok bila pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Semuanya tip top katanya!!!


kereta-sewa-sabah



Dari service penghantaran kereta sewa secara percuma (office hour), kereta yang disediakan bersih dan selesa, hingga la kereta dipulang semula. Semuanya OK dan pelanggan sangat berpuas hati. Yang paling best katanya, harga sewa kereta yang ditawarkan memang murah dan berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan.


Bukan setakat itu sahaja, pakej yang disediakan oleh kami seperti Pakej Full Day Trip Ke Kundasang, turut juga mendapat pujian pelanggan. Ini testimoni yang terkini .. testimini lain, anda boleh lihat di sini Testimoni Pelanggan Perkhidmatan Pengangkutan ke Kundasang


sewa-kereta-sabah

07 August 2014

Kereta Sewa Sabah Nissan Urvan Baru

Kereta Sewa Sabah Nissan Urvan Baru 2014, yang kami terima baru sebulan yang lepas. Sibuk menguruskan tempahan yang banyak sampai terlupa nak update dalam blog ini. Untuk makluman anda, Nissan Urvan ini baru saja habis disewa selama sebulan. Masa dapat kunci tempohari, terus ada sebuah syarikat yang berminat untuk menyewa.

kereta sewa sabah 2014



Oh ya, tak lama lagi, cuti sekolah akan bermula, iaitu 13 Sept - 21 Sept 2014 dan 2 Nov - 31 Dis 2014, kalau yang ingin melawat Sabah, dan berminat menyewa kenderaan untuk kapasiti penumpang yang ramai, boleh la buat tempahan kenderaan ini awal.


Tempahan awal, bagus untuk melancarkan perjalanan anda nanti. Jangan tunggu saat-saat akhir, baru buat tempahan kerana dari pengalaman kami yang lepas-lepas, banyak pelanggan yang kecewa kerana kehabisan kereta sewa.


Jadi kalau nak pergi ke tempat-tempat menarik seperti Desa Cattle Dairy Farm Kundasang, Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah dan banyak lagi, kami syorkan anda buat tempahan sekarang.


kereta sewa sabah 2015



Untuk keterangan lanjut mengenai harga, jenis kereta dan cara kiraan, anda boleh layari Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah atau terus membuat tempahan di sini, BORANG TEMPAHAN


17 June 2014

Testimoni Pelanggan Perkhidmatan Pengangkutan ke Kundasang

Satu lagi Testimoni yang kami terima dari pelanggan kami hari ini ! Terima kasih kepada YM Puan Raja Puteri Norazlina kerana menggunakan perkhidmatan pengangkutan untuk melawat beberapa lokasi menarik di Sabah.


sewa kereta sabah



Bilangan penumpang yang mengikuti pakej ini seramai 13 dewasa 5 kanak-kanak 1 bayi. Untuk itu, kami menyediakan 2 unit Van untuk keselesaan penumpang.


Perkhidmatan pengangkutan untuk 3 hari 2 malam, meliputi pengangkutan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Kundasang dan bermalam di Kiram Village pada hari pertama, melawat tempat-tempat menarik pada hari kedua dan seterusnya balik ke Kota Kinabalu.


Antara tempat yang mereka lawati, Desa Cattle Dairy Farm Kundasang, Kinabalu Park, Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah, Pasar Sayur Kundasang dan Pekan Nabalu.


Hari ke tiga pula sepatutnya bawa melawat ke Mari-Mari Cultural Village, namun ditukar melawat Taman Buaya Tuaran atas permintaan pelanggan.


19 May 2014

Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah

Selain Desa Dairy Farm Kundasang Sabah, Antara destinasi menarik yang sentiasa dikunjungi oleh pelanggan Sewa Kereta Sabah kami ketika ini adalah Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah. Tempat ini memang terkenal dengan SPA ikan (fish SPA) semulajadi, kerana terdapatnya beratus-ratus ikan kelah jinak di sepanjang sungai Moroli. Dari apa yang diberitahu oleh petugas disini, ikan kelah disini adalah jenis Ikan Kelah Garap ataupun Tortombroides. Selain kelah, ketika kami disini, turut kelihatan beberapa ekor ikan keli jinak yang timbul dipermukaan air cetek.


car rental sabah-kg luanti fish spa



Untuk masuk ke kawasan ini, pengunjung dikenakan banyaran sebanyak RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. untuk warganegara asing pula, bayaran sebanyak RM10.00 dikenakan. Setiap pengunjung diberikan masa selama 15 minit untuk berendam kaki. Untuk menarik perhatian ikan, saya syorkan anda beli makanan ikan kelah yang dijual disitu. Hanya RM1 untuk satu paket kecil.


sewa kereta sabah-luanti fish spa



Untuk masuk ke sungai, ada beberapa peratutan yang anda perlu ikut. Antaranya, dilarang membuang sampah, dilarang mengangkat ikan, melontar baru ke dalam sungai ataupun mencederakan ikan. Sebab itu, “Tagal” dalam dialek Kadazan Dusun, bermaksud dilarang memancing, menangkap segala hidupan air di sungai ini, ataupun mencemarkan sungai. Ini adalah bertujuan untuk memelihara ekosistem alam sekitar untuk generasi masa depan.


kereta sewa sabah-tagal fish spa



Sambil beri makanan kepada ikan, anda akan berasa gigitan ikan kecil-kecil pada kaki anda. Memang seronok, rasa geli pun ada. Ikan disini pun pandai, campak je makanan ikan dalam sungai, berderu datang sampaikan nak jalan pun susah takut terpijak ikan.


sewa kereta sabah-fish spa sabah



Ni masa dah habis makanan ikan. Dah tinggal sikit, yang lain berkerumun pada pengunjung yang baru datang. Ye la .. nak makanan baru ..


kereta sewa sabah-kg luanti


Untuk yang baru nak datang ke sini, anda boleh lihat lokasi dibawah




03 March 2014

Had Milelage, Extra Caj Kereta Sewa Sabah

Minggu lepas, saya menerima SMS dari seorang pelanggan, bertanyakan had milelage bagi sesebuah kereta sewa ? Ya ada ! Untuk makluman, caj extra dan had milage adalah bergantung kepada destinasi dituju.


Desa+Dairy+Farm+Kundasang



Contohnya, sekiranya pelanggan pergi ke Kundasang & Ranau sahaja (kebiasaanya), tiada caj extra dikenakan. Akan tetapi sekiranya ke Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu atau mana-mana tempat yang melebihi 200KM. Ada caj extra dikenakan. Sila rujuk Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah.


Sempat juga bertanyakan kepada pelanggan, adakah kereta sewa yang digunakan, okey ? Dan ini jawapannya;


kereta+sewa+sabah



05 February 2014

Child Seat dan GPS untuk Disewa

Anda memerlukan Child Seat dan GPS untuk digunakan semasa menyewa kereta di Kota Kinabalu, Sabah. Usah risau, kerana kami turut menyediakan perkhidmatan ini dengan tawaran sewa yang rendah. Bagi setiap add on salah satu iteam ini, sewaan hanya RM50 sahaj bagi sekali guna. Berikut adalah beberapa gambar child car seat yang boleh disewakan semasa menggunakan kereta sewa di Sabah.


child seat kereta sewa sabah



Untuk tempahan, anda boleh menggunakan BORANG TEMPAHAN KERETA SEWA


child car seat kereta sewa sabah



30 January 2014

Sewa Kereta Sabah Untuk Cuti Sekolah

Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang makin bertambah menjelang musim cuti sekolah ini, kami telah menambah beberapa MPV seperti Toyota Avanza 1.5 dan Toyota Innova untuk disewakan. Biasanya cuti sekolah, memang ramai ibubapa yang membawa anak-anak bercuti di Sabah. Jadi untuk tidak mengecewakan permintaan pelanggan .. kami menyediakan beberapa MPV tambahan untuk memenuhi keperluan tersebut.


toyota-innova-kereta-sewa-kota-kinabalu



Untuk keterangan lanjut mengenai harga bagi kenderaan ini, sila layari Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah. Format Pengiraan Sewa Kereta Sabah juga disediakan sekiranya anda ingin mengetahui jumlah yang perlu dibayar untuk pengiraan budget anda.


Toyota_Innova_kereta_sewa_sabah



Untuk tempahan, anda boleh la mengisi Borang Tempahan Kereta Sewa


21 January 2014

Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Sabah

Dua buah Toyota Hiace dan sebuah Avanza untuk kegunaan beberapa pelanggan kami malam ini di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Memang telah menjadi rutin kami untuk menunggu pelanggan awal, sebelum ketibaan mereka, bagi memudahkan urusan sewaan. Kami faham, pelanggan tentu penat, dan memerlukan kenderaan dengan segera sebaik sahaja mendarat untuk ke lokasi yang dituju.


kereta sewa sabah kota kinabalu



Jadi untuk memudahkan urusan penghantaran sewa kereta tersebut, kami amat memerlukan butiran lengkap pelanggan termasuk nombor penerbangan seperti yang disebelah kanan anda, semasa tempahan, bertujuan, sekiranya Penerbangan Ditunda, kami boleh sedia maklum berkenaan perkara tersebut, dan menyediakan kenderaan mengikut masa ketibaan yang terkini.


Untuk keterangan lanjut, berkenaan harga Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Sabah, anda boleh layari, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

Kereta Sewa Sabah - Saga FLX (A) 2014

Berikut adalah Kereta Sewa Sabah - Saga FLX (A) 2014, antara kenderaan terbaru kami, yang kami sediakan untuk kegunaan pelanggan semasa bercuti di Sabah. Untuk keterangan lanjut mengenai, cara kiraan, anda boleh layari, Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah.


kereta-sewa-sabah-saga-flx-2014



Untuk senarai harga, anda boleh layari Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah. Sila fahami cara kiraan kami, untuk memudahkan anda membuat budget, dan selepas itu, anda boleh membuat tempahan mengikut cara yang telah disediakan.


19 December 2013

Risiko Kereta Sewa Sabah

Kenapa kami perlukan butiran seperti Nama penuh pelanggan, No IC, No Penerbangan dan Jadual Penerbangan seperti yang tertera disebelah, setiap kali customer ingin bertanya atau membuat tempahan Kereta Sewa di Sabah.


Risiko Kereta Sewa Sabah
Contoh rekod pencuri kereta sewa



Pertamanya adalah untuk membuat tapisan. Kenapa ? Ya .. untuk makluman anda, seperti kami yang membuat perkhidmatan kereta sewa di Sabah, kami terdedah dengan banyak risiko seperti Kecurian Kereta, Kecurian Sparepart Kereta (cth : gearbox, tayar, engine), Kemalangan, Aktiviti Keganasan (cth : rompakan, pembunuhan, pengganas), dan sebagainya.


Jadi setiap kali kami mendapat butiran pelanggan, kami akan membuat semakan terlebih dahulu dalam pangkalan data syarikat kami, dan pangkalan data yang berkaitan, untuk memastikan pelanggan yang ingin menyewa, benar-benar bebas dari aktiviti diatas dan tidak diragui.


Selain itu, kami perlukan butiran tersebut, untuk mengira jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan, tak nak la nanti bila, dah bagi jumlah harga, tetiba kami dapati, kereta sewa tersebut dibawa ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna, padahal sepatutnya ada bayaran tambahan yang sepatutnya dikenakan bagi perjalanan melebihi 200KM (sehala). Butiran lanjut, bayaran tambahan, ada diterangkan di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah


Sebab itu, sering kali kami ditanya, kenapa perlukan butiran diatas walaupun hanya untuk servey harga. Jadi kami harap, pelanggan dapat memahami niat kami yang sebenarnya, bukan untuk menyusahkan , tetapi untuk memudahkan kedua-dua belah pihak.

Masalah Kereta Sewa Sabah

Masalah Kereta Sewa Sabah, kereta sewa rosak ditengah jalan, minyak kereta habis, masalah tayar, engin kereta tak boleh start dan pelbagai lagi masalah yang pernah dialami oleh customer syarikat kami. Contoh terbaru, masalah tayar, dan customer risau sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Ya .. kami aku akui .. ini antara kesilapan kami dan sebaik sahaja .. customer membuat aduan. Kami terus membuat pertukaran dengan kenderaan baru. Kebetulan pula .. customer baru sahaja sampai ke Kota Kinabalu selepas semalaman di Kundasang dan seterusnya akan bergerak ke Bandar Papar.


Selain kes ini, pernah juga terjadi, kereta yang disewa tak boleh "start" ketika melalui kawasan berbukit untuk ke Kundasang. Ketika itu waktu malam, dan customer bertiga bersama anak mereka yang masih kecil. Selepas menerima panggilan dari customer, malam itu juga, staf kami ke lokasi untuk tukar kenderaan.


Inilah antara situasi masalah yang pernah dihadapi oleh kami sepanjang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Kami akui sepanjang perkhidmatan kami, memang ada kesilapan yang kami lakukan, namun .. insyaAllah .. kami akan cuba berikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada anda , selaras dengan slogan kami, " Keselesaan anda, keutamaan kami".

03 December 2013

Kereta Sewa Sabah - Nissan Almera 2013

Terkini .. Nissan Almera 2013, antara kereta sewa terbaru yang dalam senarai Kereta Sewa Sabah kami. Macam biasa, untuk tempahan kereta sewa ini, anda boleh layari Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah untuk keterangan lanjut





Untuk cara pengiraan pula, anda boleh layari Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah





Sekiranya anda masih tak faham cara format pengiraan tersebut. Tak apa, hanya perlu SMS / WhatApp butiran yang tertera disebelah kanan, kepada saya. Nanti saya akan semak, samada kenderaan tersebut masih available atau tidak. Jika masih available, saya akan berikan jumlah harga bagi sewaan tersebut kepada.


21 November 2013

Tempahan Kereta Sewa Sabah - Disember 2013

Semenjak awal bulan 11 lagi, kami telah menerima banyak tempahan kereta sewa untuk bulan 11 dan 12. Memamng tak menang tangan dibuatnya. Sekejap .. sekejap orang call untuk buat tempahan, malah dah ada beberapa pelanggan kami yang telah tempahan awal untuk Cuti Sekolah bulan Mei 2014. Alhamdulillah, permintaan untuk Kereta Sewa Sabah .. sungguh menggalakkkan.


Kereta Sewa Sabah - Toyota Wish 2013

Baru-baru ini juga, kami telah menerima beberapa buah lagi kereta sewa yang akan digunakan oleh pelanggan kami. Antaranya,


1. Saga Auto : RM 140 / sehari
2. Saga Manual : RM 130 / sehari
3. 2 unit Toyota Wish (A) : RM 300 / sehari

Gambar kenderaan tersebut, ada seperti gambar dibawah;

Kereta Sewa Sabah 1 - Toyota Wish 2013

Toyota Wish (A) 2013

kereta-sewa-sabah-saga-auto-2013

Saga FLX Auto 2013

kereta-sewa-sabah-saga-manual-2013

Saga FLX Manual 2013

12 November 2013

Pakej Full Day Trip Ke Kundasang

Bagi memenuhi permintaan pelanggan kereta sewa kami, kami kini ada menyediakan Pakej Full Day Trip Ke Kundasang, dimana anda akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Kundasang untuk 1 hari sahaja, pergi pada sebelah pagi dan balik semula pada sebelah petang ke Kota Kinabalu Sabah. Pakej ini termasuk, sebuah kenderaan + pemandu dan fuel.


Pakej Full Day Trip Ke Kundasang



Lokasi adalah mengikut tentatif tersebut,

Pakej A
1. Pekan Nabalu
2. Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
3. Poring Hot Spring, Canopy Walkaway & Sulphur bath
4. Pekan Kundasang
5. Kinabalu National Park
6. Rumah Terbalik

Pakej B
1. Pekan Nabalu
2. Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
3. Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah
4. Pekan Kundasang
5. Kinabalu National Park
6. Rumah Terbalik

* Lawatan ke tempat-tempat berikut adalah bergantung kepada masa yang ada.
** Tidak termasuk makan dan tiket ke lokasi lawatan


Untuk pakej ini, kami hanya mengenakan bayaran sebanyak ;
  • RM 550 sahaja per (MPV/ Van), maximum penumpang, 10 orang dan  
  • RM 480 sahaja per (Saga / Myvi). maximum penumpang, 3 orang
Untuk keterangan lanjut mengenai pakej ini, anda boleh hubungi saya, faizul 0194817846. atau whatsapp http://wasap.my/+60194817846


30 October 2013

Toyota Hiace Kereta Sewa Sabah

Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang lebih besar untuk percutian di Sabah, yang mana boleh muat antara 10 hingga 12 orang dalam satu masa. Apa kata, anda sewa Toyota Hiace ini. Harga yang kami tawarkan, amat berpatutan !


Toyota Hiace Kereta Sewa Sabah



Selain Toyota Hiace, kami juga mempunyai Toyota Innove, dan Nissan Urvan yang boleh memuatkan 10 - 12 orang dalam satu-satu masa. Untuk keterangan lanjut mengenai harga kenderaan ini, anda boleh lihat di sini, Harga Kereta Sewa Sabah


p/s: Rancang percutian anda dengan bijak dan tempah kenderaan lebih awal sekarang ! ^__^

05 October 2013

Kebersihan Kereta Sewa Sabah

Begini la aktiviti harian kami, sebelum menyerahkan kereta yang telah dtempah kepada pelanggan kami. Kereta sewa akan terlebih dahulu dihantar ke car wash untuk dibersihkan, agar pelanggan yang menyewa, selesa menggunakannya sepanjang tempoh sewaan.


kereta sewa sabah terbaik



Pengalaman kami sebelum ini, ada beberapa customer berkongsi pengalaman dengan kami, bercerita pengalaman mereka sebelum ini, pernah menyewa kereta sewa murah di Sabah, dengan keadaan yang tak selesa dan berbau, menyebabkan mereka serik untuk menyewa kereta sewa tersebut lagi, walaupun menawarkan harga yang murah.


Setakat ini, pelanggan yang menyewa kereta sewa di Kota Kinabalu, Sabah, memang berpuashati dengan keselesaan dan service kereta sewa yang disediakan oleh kami. Harga Kereta Sewa Sabah yang kami kenakan adalah berpatutan dan sesuai untuk semua.


Untuk yang ingin membuat Tempahan Kereta Sewa Sabah, anda boleh hubungi saya, faizul dinombor yang tertera disebelah. Untuk kesenangan, anda juga boleh terus mengirimkan SMS / WhatApp, format tempahan seperti yang tertera disebelah untuk tempahan.


30 September 2013

Kereta Sewa Avanza Kota Kinabalu 2013

Selepas menerima sebuah Toyota Avanza Baru pada Mei 2013, minggu lepas, 26/09/2013, kami menerima sebuah lagi kereta sewa Toyota Avanza (A) menjadikan sekarang 2 buah Avanza baru untuk disewakan di Kota Kinabalu Sabah, tahun ini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Untuk mengetahui kadar kereta sewa bagi kenderaan ini, anda boleh rujuk di sini, Harga Kereta Sewa Sabah. Bagi yang pertama kali ingin menyewa kereta sewa di Kota Kinabalu, anda boleh layari Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah untuk keterangan lanjut.


kereta sewa kk sabah



Sebarang pertanyaan atau tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah, anda boleh menghubungi saya, Faizul seperti yang tertera disebelah.


Saya juga mengalu-alukan anda untuk menggunakan perkhidmatan mobile messaging seperti WhatApp, WeChat, LINE, dan Viber, untuk sebarang pertanyaan berkenaan kereta sewa, kerana ianya lebih senang dan menjimatkan .. ^__^

26 September 2013

Pakej Percutian 5 Hari 4 Malam Kota Kinabalu Sabah

Selain menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa, kami juga menyediakan PAKEJ PERCUTIAN 3H2M, 4H3M @ 5H3M . Pakej ini meliputi PENGANGKUTAN sahaja ke tempat-tempat yang ingin anda lawati. Kenapa pengangkutan sahaja ? kerana berdasarkan dari pengalaman kami sebelum ini, pelanggan lebih berminat untuk mencari penginapan sendiri disamping harga yang kami tawarkan lebih murah. Mungkin pelanggan pernah terbaca berkenaan hotel / homestay tersebut atau dicadangkan oleh kawan-kawan.


pakej+percutian+kota+kinabalu+sabah



Bagi yang inginkan pakej ini, kami memerlukan tentative anda dan boleh emailkan ke faizul.planet@gmail.com

Berikut adalah salah satu antara contoh tentative pelanggan kami.

TENTATIVE 1 :

09/4/14 : 12.00PM ~ Pick up from airport to Hotel @ Homestay

10/4/14 : 7.30 AM ~ Ke Kundasang & Ranau ~ Rumah terbalik ~ Jambatan Tamparuli ~ Kinabalu park ~ timpohon view ~ Desa Cattle Dairy Farm ~ Pasar Sayur Kundasang ~ Pasar Nabalu ~ Kampung Luanti Spa Fish ~ Sabah Tea Garden ~ bermalam di Kundasang

11/4/14 : Bertolak ke Tip of Borneo ~ Singgah di Kota belut ~ Pekan Kudat ~ Tip of Borneo ~ melawat Rungus (rumah panjang) ~ Bengkel Manik Suku Kaum Rungus ~ Balik ke KK ~ Makan malam di kk bulatan todak seafood ~ Balik ke Hotel

12/4/14 : hantar ke jeti Jesslton untuk ke Pulau manukan & mamutik / pick up to hote

Petang : Pasar Sinsuran (ahad sahaja) ~ Tanjung Aru ~ Muzium Sabah ~ Masjid Negeri Sabah ~ menara tun mustapha mercu tanda sabah ~ akuarium UMS ~ 1Borneo Hypermall ~ KK Sightseeing ~ makan malam di pasar philipin ~ Pasar Malam Kampung Air ~ Balik ke Hotel

13/4/14 : Check out ~
Sambung jalan-jalan di Kota Kinabalu
Pick up to airport

TENTATIVE 2 :

09/4/14 : 12.00PM ~ Pick up from airport to Hotel @ Homestay

10/4/14 : 7.30 AM ~ Ke Kundasang & Ranau ~ Rumah terbalik ~ Jambatan Tamparuli ~ Kinabalu park ~ timpohon view ~ Desa Cattle Dairy Farm ~ Pasar Sayur Kundasang ~ Pasar Nabalu ~ Kampung Luanti Spa Fish ~ Sabah Tea Garden ~ bermalam di Kundasang

11/4/14 : Bertolak ke Tip of Borneo ~ Singgah di Kota belut ~ Pekan Kudat ~ Tip of Borneo ~ melawat Rungus (rumah panjang) ~ Bengkel Manik Suku Kaum Rungus ~ Balik ke KK ~ Makan malam di kk bulatan todak seafood ~ Balik ke Hotel

12/4/14 : KDCA Cultural Village ~ Tamu Penampang ~ Lok Kawi Wildlife Park ~ Makan malam di Air Pancut Berirama di Perdana Park, Tanjung Aru

13/4/14 : Pasar Sinsuran (ahad) ~ Tanjung Aru ~ Muzium Sabah ~ Masjid Negeri Sabah ~ menara tun mustapha mercu tanda sabah ~ akuarium UMS ~ 1Borneo Hypermall ~ Signal Hill Observatory Platform ~ makan malam di pasar philipin ~ Pasar Malam Kampung Air ~ Balik ke Hotel


Price: 
Tentative 1# RM400.00 per adult / RM200.00 per child (8 adults 1 child)
Tentative 2# RM380.00 per adult / RM180.00 per child (8 adults 1 child)

Item Include:
1 unit Van with Driver & Fuel
Entrance fee as per itinerary (except camera fee & option tour)
Driver's meal & lodge during overnight in Kundasang
Boat return transfer **Tentative 1#
Tour & program as stated

Sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan Faizul - 0194817846 .. whatapp/SMS pun boleh ..

25 September 2013

Kereta Sewa Sabah - Saga FLX Auto September 2013

Semalam, kami menerima sebuah lagi saga FLX auto baru yang akan digunakan sebagai kereta sewa Sabah, menjadikan keseluruhan kesemuanya 4 buah kereta baru untuk tahun ini. Tempahan kereta sewa ini telah dibuka mulai semalam, Selasa, 24/9/2013.


kereta sewa sabah murah



Kami menyediakan kadar Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah pada harga yang berpatutan. Untuk membuat tempahan, atau pertanyaan, sila hubungi saya atau sms/whatapp butiran disebelah, untuk membolehkan saya menyemak samada kereta tersebut masih available untuk disewa atau tidak.


Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah telah saya sediakan. Anda boleh lihat disitu. Sekiranya tidak faham, anda boleh la hubungi nombor telefon saya seperti yang tertera disebelah.


kereta sewa sabah saga auto



InsyaAllah, kami akan berikan Servis Kereta Sewa Sabah Terbaik untuk anda. Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang!

18 September 2013

Majlis Konvokesyen UMS KE-15

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa/mahasiswi yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang masing-masing. Dari info yang kami terima, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Konvokesyen KE-15, yang akan berlangsung pada 23, 24 & 25 November 2013 ini.


Konvokesyen UMS KE 15



Tentu hari gembira ini, anda ingin kongsikan dengan ahli keluarga masing-masing, dan YA .. saya rasa, pastinya anda memerlukan kereta sewa untuk pengangkutan semasa di Sabah nanti.


Oleh itu, bagi yang ingin mengunakan perkhidmatan kereta sewa sempena Majlis Konvokesyen UMS KE-15 tersebut, anda boleh menghubungi saya, Faizul, 019-481 7846. Selain itu, anda juga boleh WhatApp, atau SMS saya. InsyaAllah, saya boleh menyediakan perkhidmatan tersebut dengan kadar berpatutan.


Berkenaan kadar sewa, anda boleh lihat disini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah ataupun Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah, untuk makluman lanjut.

p/s : Kami menggalakkan anda untuk membuat tempahan kereta sewa lebih awal, untuk elak ketiadaan kereta sewa disaat-saat akhir.