Showing posts with label poring hot spring. Show all posts
Showing posts with label poring hot spring. Show all posts

19 May 2014

Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah

Selain Desa Dairy Farm Kundasang Sabah, Antara destinasi menarik yang sentiasa dikunjungi oleh pelanggan Sewa Kereta Sabah kami ketika ini adalah Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah. Tempat ini memang terkenal dengan SPA ikan (fish SPA) semulajadi, kerana terdapatnya beratus-ratus ikan kelah jinak di sepanjang sungai Moroli. Dari apa yang diberitahu oleh petugas disini, ikan kelah disini adalah jenis Ikan Kelah Garap ataupun Tortombroides. Selain kelah, ketika kami disini, turut kelihatan beberapa ekor ikan keli jinak yang timbul dipermukaan air cetek.


car rental sabah-kg luanti fish spa



Untuk masuk ke kawasan ini, pengunjung dikenakan banyaran sebanyak RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. untuk warganegara asing pula, bayaran sebanyak RM10.00 dikenakan. Setiap pengunjung diberikan masa selama 15 minit untuk berendam kaki. Untuk menarik perhatian ikan, saya syorkan anda beli makanan ikan kelah yang dijual disitu. Hanya RM1 untuk satu paket kecil.


sewa kereta sabah-luanti fish spa



Untuk masuk ke sungai, ada beberapa peratutan yang anda perlu ikut. Antaranya, dilarang membuang sampah, dilarang mengangkat ikan, melontar baru ke dalam sungai ataupun mencederakan ikan. Sebab itu, “Tagal” dalam dialek Kadazan Dusun, bermaksud dilarang memancing, menangkap segala hidupan air di sungai ini, ataupun mencemarkan sungai. Ini adalah bertujuan untuk memelihara ekosistem alam sekitar untuk generasi masa depan.


kereta sewa sabah-tagal fish spa



Sambil beri makanan kepada ikan, anda akan berasa gigitan ikan kecil-kecil pada kaki anda. Memang seronok, rasa geli pun ada. Ikan disini pun pandai, campak je makanan ikan dalam sungai, berderu datang sampaikan nak jalan pun susah takut terpijak ikan.


sewa kereta sabah-fish spa sabah



Ni masa dah habis makanan ikan. Dah tinggal sikit, yang lain berkerumun pada pengunjung yang baru datang. Ye la .. nak makanan baru ..


kereta sewa sabah-kg luanti


Untuk yang baru nak datang ke sini, anda boleh lihat lokasi dibawah




12 November 2013

Pakej Full Day Trip Ke Kundasang

Bagi memenuhi permintaan pelanggan kereta sewa kami, kami kini ada menyediakan Pakej Full Day Trip Ke Kundasang, dimana anda akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Kundasang untuk 1 hari sahaja, pergi pada sebelah pagi dan balik semula pada sebelah petang ke Kota Kinabalu Sabah. Pakej ini termasuk, sebuah kenderaan + pemandu dan fuel.


Pakej Full Day Trip Ke Kundasang



Lokasi adalah mengikut tentatif tersebut,

Pakej A
1. Pekan Nabalu
2. Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
3. Poring Hot Spring, Canopy Walkaway & Sulphur bath
4. Pekan Kundasang
5. Kinabalu National Park
6. Rumah Terbalik

Pakej B
1. Pekan Nabalu
2. Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
3. Tagal Spa Ikan Kampung Luanti Sabah
4. Pekan Kundasang
5. Kinabalu National Park
6. Rumah Terbalik

* Lawatan ke tempat-tempat berikut adalah bergantung kepada masa yang ada.
** Tidak termasuk makan dan tiket ke lokasi lawatan


Untuk pakej ini, kami hanya mengenakan bayaran sebanyak ;
  • RM 550 sahaja per (MPV/ Van), maximum penumpang, 10 orang dan  
  • RM 480 sahaja per (Saga / Myvi). maximum penumpang, 3 orang
Untuk keterangan lanjut mengenai pakej ini, anda boleh hubungi saya, faizul 0194817846. atau whatsapp http://wasap.my/+60194817846


26 August 2013

Testimoni Kereta Sewa Sabah - Blogger Sharal-La

Dua minggu ni memang sibuk sikit dengan tempahan kereta sewa hingga tak sempat nak update blog ini. Semalam tengah search, ternampak testimoni dari salah sorang pelanggan yang menyewa kereta sewa kami di blognya, Sharal-La pada Jun 2013 yang lalu.





Beliau menyewa viva auto selama 3 hari untuk pergi melawat tempat-tempat menarik di Sabah, seperti Kinabalu Park, Poring Hot spring, Sabah Tea, Desa Cattle Farm, Rumah Terbalik dan banyak lagi.


Nak tahu pengalaman beliau sepanjang di Sabah, anda boleh melayari blog diatas.