Showing posts with label sewa kereta kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label sewa kereta kota kinabalu. Show all posts

19 December 2013

Risiko Kereta Sewa Sabah

Kenapa kami perlukan butiran seperti Nama penuh pelanggan, No IC, No Penerbangan dan Jadual Penerbangan seperti yang tertera disebelah, setiap kali customer ingin bertanya atau membuat tempahan Kereta Sewa di Sabah.


Risiko Kereta Sewa Sabah
Contoh rekod pencuri kereta sewa



Pertamanya adalah untuk membuat tapisan. Kenapa ? Ya .. untuk makluman anda, seperti kami yang membuat perkhidmatan kereta sewa di Sabah, kami terdedah dengan banyak risiko seperti Kecurian Kereta, Kecurian Sparepart Kereta (cth : gearbox, tayar, engine), Kemalangan, Aktiviti Keganasan (cth : rompakan, pembunuhan, pengganas), dan sebagainya.


Jadi setiap kali kami mendapat butiran pelanggan, kami akan membuat semakan terlebih dahulu dalam pangkalan data syarikat kami, dan pangkalan data yang berkaitan, untuk memastikan pelanggan yang ingin menyewa, benar-benar bebas dari aktiviti diatas dan tidak diragui.


Selain itu, kami perlukan butiran tersebut, untuk mengira jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan, tak nak la nanti bila, dah bagi jumlah harga, tetiba kami dapati, kereta sewa tersebut dibawa ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna, padahal sepatutnya ada bayaran tambahan yang sepatutnya dikenakan bagi perjalanan melebihi 200KM (sehala). Butiran lanjut, bayaran tambahan, ada diterangkan di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah


Sebab itu, sering kali kami ditanya, kenapa perlukan butiran diatas walaupun hanya untuk servey harga. Jadi kami harap, pelanggan dapat memahami niat kami yang sebenarnya, bukan untuk menyusahkan , tetapi untuk memudahkan kedua-dua belah pihak.

Masalah Kereta Sewa Sabah

Masalah Kereta Sewa Sabah, kereta sewa rosak ditengah jalan, minyak kereta habis, masalah tayar, engin kereta tak boleh start dan pelbagai lagi masalah yang pernah dialami oleh customer syarikat kami. Contoh terbaru, masalah tayar, dan customer risau sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Ya .. kami aku akui .. ini antara kesilapan kami dan sebaik sahaja .. customer membuat aduan. Kami terus membuat pertukaran dengan kenderaan baru. Kebetulan pula .. customer baru sahaja sampai ke Kota Kinabalu selepas semalaman di Kundasang dan seterusnya akan bergerak ke Bandar Papar.


Selain kes ini, pernah juga terjadi, kereta yang disewa tak boleh "start" ketika melalui kawasan berbukit untuk ke Kundasang. Ketika itu waktu malam, dan customer bertiga bersama anak mereka yang masih kecil. Selepas menerima panggilan dari customer, malam itu juga, staf kami ke lokasi untuk tukar kenderaan.


Inilah antara situasi masalah yang pernah dihadapi oleh kami sepanjang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Kami akui sepanjang perkhidmatan kami, memang ada kesilapan yang kami lakukan, namun .. insyaAllah .. kami akan cuba berikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada anda , selaras dengan slogan kami, " Keselesaan anda, keutamaan kami".

21 November 2013

Tempahan Kereta Sewa Sabah - Disember 2013

Semenjak awal bulan 11 lagi, kami telah menerima banyak tempahan kereta sewa untuk bulan 11 dan 12. Memamng tak menang tangan dibuatnya. Sekejap .. sekejap orang call untuk buat tempahan, malah dah ada beberapa pelanggan kami yang telah tempahan awal untuk Cuti Sekolah bulan Mei 2014. Alhamdulillah, permintaan untuk Kereta Sewa Sabah .. sungguh menggalakkkan.


Kereta Sewa Sabah - Toyota Wish 2013

Baru-baru ini juga, kami telah menerima beberapa buah lagi kereta sewa yang akan digunakan oleh pelanggan kami. Antaranya,


1. Saga Auto : RM 140 / sehari
2. Saga Manual : RM 130 / sehari
3. 2 unit Toyota Wish (A) : RM 300 / sehari

Gambar kenderaan tersebut, ada seperti gambar dibawah;

Kereta Sewa Sabah 1 - Toyota Wish 2013

Toyota Wish (A) 2013

kereta-sewa-sabah-saga-auto-2013

Saga FLX Auto 2013

kereta-sewa-sabah-saga-manual-2013

Saga FLX Manual 2013

30 October 2013

Toyota Hiace Kereta Sewa Sabah

Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang lebih besar untuk percutian di Sabah, yang mana boleh muat antara 10 hingga 12 orang dalam satu masa. Apa kata, anda sewa Toyota Hiace ini. Harga yang kami tawarkan, amat berpatutan !


Toyota Hiace Kereta Sewa Sabah



Selain Toyota Hiace, kami juga mempunyai Toyota Innove, dan Nissan Urvan yang boleh memuatkan 10 - 12 orang dalam satu-satu masa. Untuk keterangan lanjut mengenai harga kenderaan ini, anda boleh lihat di sini, Harga Kereta Sewa Sabah


p/s: Rancang percutian anda dengan bijak dan tempah kenderaan lebih awal sekarang ! ^__^

30 September 2013

Kereta Sewa Avanza Kota Kinabalu 2013

Selepas menerima sebuah Toyota Avanza Baru pada Mei 2013, minggu lepas, 26/09/2013, kami menerima sebuah lagi kereta sewa Toyota Avanza (A) menjadikan sekarang 2 buah Avanza baru untuk disewakan di Kota Kinabalu Sabah, tahun ini.


kereta sewa kota kinabalu sabah



Untuk mengetahui kadar kereta sewa bagi kenderaan ini, anda boleh rujuk di sini, Harga Kereta Sewa Sabah. Bagi yang pertama kali ingin menyewa kereta sewa di Kota Kinabalu, anda boleh layari Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah untuk keterangan lanjut.


kereta sewa kk sabah



Sebarang pertanyaan atau tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah, anda boleh menghubungi saya, Faizul seperti yang tertera disebelah.


Saya juga mengalu-alukan anda untuk menggunakan perkhidmatan mobile messaging seperti WhatApp, WeChat, LINE, dan Viber, untuk sebarang pertanyaan berkenaan kereta sewa, kerana ianya lebih senang dan menjimatkan .. ^__^

25 September 2013

Kereta Sewa Sabah - Saga FLX Auto September 2013

Semalam, kami menerima sebuah lagi saga FLX auto baru yang akan digunakan sebagai kereta sewa Sabah, menjadikan keseluruhan kesemuanya 4 buah kereta baru untuk tahun ini. Tempahan kereta sewa ini telah dibuka mulai semalam, Selasa, 24/9/2013.


kereta sewa sabah murah



Kami menyediakan kadar Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah pada harga yang berpatutan. Untuk membuat tempahan, atau pertanyaan, sila hubungi saya atau sms/whatapp butiran disebelah, untuk membolehkan saya menyemak samada kereta tersebut masih available untuk disewa atau tidak.


Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah telah saya sediakan. Anda boleh lihat disitu. Sekiranya tidak faham, anda boleh la hubungi nombor telefon saya seperti yang tertera disebelah.


kereta sewa sabah saga auto



InsyaAllah, kami akan berikan Servis Kereta Sewa Sabah Terbaik untuk anda. Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang!

09 July 2013

Penerbangan Delay, Apa Perlu Anda Lakukan

Pengalaman menunggu penumpang kereta sewa, di airport Kota Kinabalu, Sabah, memang banyak ! Antaranya, penyewa yang lambat sampai disebabkan penerbangan ditangguhkan (delay). Kalau 10-20 minit, tak apa lagi. Nie kadang-kadang, boleh hingga 2-3 jam. Ada tu, yang tak sampai-sampai pun ada, sebab tertinggal kapal terbang dan hal-hal lain.


kereta sewa sabah airport kota kinabalu



Bagi penyewa kereta sewa, perkara seperti ini, mungkin adalah perkara biasa, akan tetapi bagi runner atau kami yang menunggu ketibaan penyewa, ianya memang satu pekerjaan yang memenatkan. Bayangkan la, menunggu dua tiga jam di airport. Lepas tu nak kejar trip lain lagi. Jadi banyak masa terbuang kat situ sahaja. Disebabkan kelewatan seperti itu, banyak rancangan tergendala dan lari dari jadual yang ditetapkan.


Sebab itu la, kami memohon kepada penyewa, sekiranya anda tak jadi nak sewa kereta, ataupun mengalami situasi "penerbangan delay", sila maklumkan kami dengan segera supaya kami dapat menjadualkan semula penghantaran kereta sewa yang anda tempah.

05 July 2013

Kereta Sewa Sabah - Myvi Auto

Dua tiga minggu lepas, kami menerima sebuah lagi Myvi auto baru yang akan digunakan sebagai kereta sewa di Sabah yang mula disewakan mulai bulan Jun 2013. Alhamdulillah, dengan Myvi ini dan sebuah lagi Saga FLX yang akan keluar sebelum raya, insyaAllah akan dapat menampung pemintaan kereta sewa yang makin bertambah setiap minggu.


kereta sewa sabah kk myvi



Kami lebih menggalakkan anda untuk membuat tempahan lebih awal, memandangkan ramai yang yang tak dapat kereta disaat-saat akhir. Oleh itu, kami berharap anda dapat Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang !


kereta sewa sabah kk myvi 2013



Untuk tempahan, pertanyaan dan rundingan harga berkenaan kereta sewa Myvi auto ini atau kenderaan lain, anda boleh menghubungi saya, Faizul, 0194817846.


17 May 2013

Kereta Sewa Sabah - Jalan Ke Kundasang

As salam, antara soalan yang biasa diajukan oleh pelanggan, antaranya, bagaimana keadaan jalan ke Kundasang Sabah, Okey ke ?. Kalau sewa kereta viva auto, boleh ke pergi ke sana ? Boleh ke naik bukit dan macam-macam lagi.


kereta sewa sabah - perjalanan ke kundasang



Untuk makluman anda, keadaan jalan raya disini, sekarang dah banyak yang dah dinaiktaraf, dan boleh dilalui oleh pelbagai saiz kenderaan tak kira, kereta besar atau kecil. Antaranya, gambar diatas dan dibawah ini, semasa saya pergi ke Kundsang bulan 1, 2013. Masa ini saya menggunakan kereta sewa Myvi auto. Perjalanan ke sana, memang okey, walaupun kadang kala, jalan agak basah. Biasa la, bulan satu, memang kerap hujan.


kereta sewa sabah - jalan ke kundasang



Perjalanan ke Kundasang, mengambil masa dalam 2 jam lebih, dengan jarak perjalanan dalam 86KM lebih. Sebelum sampai ke Kudasang, singgah dulu di Kinabalu Park. Masa disini, kami naik sampai ke tempah permulaan mendaki ke puncak Gunung kinabalu. Nak naik ke atas dengan kereta memang okey walaupun jalannya agak curam.


sewa kereta sabah - jalan ke kundasang



Selepas menikmati pemandangan di kaki Gunung Kinabalu, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, dan menginap disana beberapa hari. So far, dalam perjalanan, memang tak ada jalan yang rosak atau, jalan tak bertar seperti andaian sesetengah pihak. Jadi, jangan risau la !


sewa kereta kota kinabalu - jalan ke kundasang sabah



14 May 2013

Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah

As salam, bercakap berkenaan Format Pengiraan Jumlah Hari Sewa Kereta Sabah, ramai yang tak tahu, kami menyediakan kereta sewa berdasarkan sistem 24 JAM. Kalau dilihat, sistem sewaan kami nie memang berbeza sedikit dari syarikat kereta sewa yang lain, dan kami rasa ianya LEBIH ADIL kepada penyewa.


myvi auto kereta sewa sabah



Contohnya pelanggan kami menyewa pada pukul 8.00AM, maka pukul 8.00AM esoknya baru dikira satu hari. Sama juga sekiranya, penyewa menyewa mulai jam 2.30PM, maka 2.30PM esoknya baru dikira satu hari.


Untuk format pengiraan kereta sewa ini, kami hanya menyediakan sewaan kereta berdasarkan hari sahaja. Sekiranya ada yang melebihi 5 jam, itu akan dikira sebagai 1 hari. Contohnya, penyewa menyewa kereta sewa Saga Auto (kategori B) di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Januari, jam 8.00AM dan akan pulangkan pada 2 Januari, 9.00PM. Maka itu akan dikira, 2 hari.


Sekiranya penyewa memulangkan kereta pada pukul pada 2 Januari, 1.00pm, kami hanya akan kenakan caj tambahan sebanyak RM 15 / jam iaitu, RM 15 x 5 jam = RM 75 .


Kami harap pelanggan dapat mengurus masa percutian mereka dengan baik dan seterusnya dapat meminimumkan jumlah Harga Kereta Sewa yang perlu dibayar.


Sekiranya anda ingin menyewa dengan syarikat kami, sila hubungi saya, Faizul seperti nombor yang tertera disebelah. Selain dari Call atau SMS, kami juga mengalakkan anda untuk menggunakan perkhidmatan mobile messaging seperti WhatApp, ketika berurusan.

10 May 2013

Kereta Sewa Baru 2013 Toyota Avanza

Alhamdulillah, minggu lepas, kami menerima sebuah lagi Kereta Sewa Baru 2013 Toyota Avanza (auto), yang akan disewakan kepada pelanggan mulai bulan Mei 2013. Sekiranya anda ingin mengetahui harga sewa sehari bagi kereta ini, anda boleh la rujuk di sini, HARGA KERETA SEWA.


kereta sewa toyota avanza sabah



Sebarang pertanyaan, tempahan atau rundingan berkenaan harga kereta sewa tersebut, anda boleh la hubungi saya, Faizul seperti yang tertera disebelah. Selain Call atau SMS, saya juga mengalu-alukan anda untuk menggunakan perkhidmatan mobile messaging seperti WhatApp, WeChat, LINE, dan Viber.

Lebih senang dan menjimatkan .. ^__^


16 April 2013

Kereta Sewa Sabah Perodua FLX 1.3 Auto 2013

Berikut adalah kerete sewa kami yang terkini, Proton Saga FLX 1.3 Auto, keluaran tahun 2013. Untuk makluman lanjut berkenaan bagaimana prosedur menyewa dan harga kereta sewa ini atau kereta-kereta sewa yang lain, anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah.

 (Call/WhatsApp/WeChat/Viber) 
Faizul - 019-481 7846



Kereta Sewa Sabah Perodua FLX 1.3 Auto 2013



Untuk makluman, pengantaran kereta sewa ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu adalah percuma.


Kereta Sewa Sabah Perodua FLX 1.3 Auto 2013


11 April 2013

Tambang Murah Malindo Air Ke Sabah Sempena Pilihan Raya Umum PRU13

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bagi yang ingin pulang ke Sabah, untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi, dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) ataupun, hal-hal yang tertentu, kami syorkan anda menggunakan syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, Malindo Air, yang menawarkan tambang istimewa ke Kota Kinabalu.


Tambang Murah Malindo Air Ke Sabah


Penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Kota Kinabalu Airport (BKI) atau sebaliknya, ditawarkan bagi tiga penerbangan harian dengan pembelian tambang istimewa daripada RM108 untuk sehala dalam kelas ekonomi. Pembelian tambang istimewa tersebut boleh dibuat secara online bagi perjalanan mulai hari ini hingga 31 Julai.


Bagi Sewa Kereta di Kota Kinabalu, Sabah pula, pihak kami ada menyediakan kereta untuk disewa meliputi, dari jenis Proton, Produa, Nissan dan Toyota. Senarai kenderaan yang boleh disewa, anda boleh dilihat disebelah ataupun , disini, Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah. Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor yang tertera dibawah;

(Call/WhatsApp/WeChat/Viber) 
 Faizul - 019 481 7846

08 April 2013

Testimoni Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, berikut adalah antara testimoni customer, yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa kami, Pn Zaharani yang menyewa kereta sewa Avanza 1.3 Auto First Edition, untuk perjalanan ke Kundasang. Dari pertanyaan menerusi WhatApp, beliau sangat berpuas hati, dengan perkhidmatan yang kami sediakan

Jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa kami, untuk tempahan, anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah;

Call/SMS/WhatApp/WeChat/Viber 
Faizul - 019 4817846 

Testimoni Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah



Antara testimoni dari Blogger

1. Testimoni Kereta Sewa Sabah - Blogger Sharal-La

2. Mira Edora : Kota Kinabalu Trip : Day 2

3. Travel Uniquely : The Tour Before Climbathon 2013

Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dan selamat datang ke blog ini. Berikut adalah perkhidmatan kereta sewa yang kami sediakan di Kota Kinabalu, Sabah. Sekiranya anda ingin menyewa kenderaan yang tertera dibawah, sila hubungi nombor berikut;

Kereta Sewa Kota KInabalu Sabah


Call/SMS/WhatApp/WeChat/Viber 
Faizul - 019 4817846 

Berikut adalah senarai kereta yang boleh disewa ;

  1. Perodua Viva 850 (M)
  2. Perodua Viva (A)
  3. Perodua Viva Elite
  4. Proton Saga FLX 1.6 (A)
  5. Proton Saga BLM (A) & (M)
  6. Perodua Myvi 1.3 (A)
  7. Perodua Alza 1.5 (M)
  8. Perodua Exora 1.6 (A)
  9. Toyota Avanza 1.3 (M)
  10. Toyota Avanza 1.5 (A)
  11. Toyota Rush (A)
  12. Toyota Wish (A)
  13. Toyota Innova ((A)
  14. Toyota Hiace 12 Seater
  15. Nissan Urvan 14 Seater
  16. Nissan Almera (A)
Kadar harga sewa bagi kenderaan ini, anda boleh perolehi di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah


Untuk makluman, kami juga menyediakan penghantaran percuma kereta sewa di Airport.