Showing posts with label sewa kereta murah. Show all posts
Showing posts with label sewa kereta murah. Show all posts

01 September 2015

Kereta Sewa Sabah - Kemas, Bersih, Selesa

Beginilah rutin harian kami setiap hari, sebelum menghantar kereta sewa kepada pelanggan. Kenderaan akan diperiksa terlebih dahulu, untuk memastikan semua dalam keadaan baik, tayar ok, aircond sejuk dan yang penting .. dalam keadaan bersih !!!


kereta sewa kota kinabalu sabah



Nak pastikan pelanggan GEMBIRA dan SELESA. Kalau tak bersih, pelanggan mesti tak suka ! Jadi, mesti kena bersihkan terlebih dahulu.


Kos untuk bersih, biasanya kami tanggung. Setakat ini kami tak pernah minta extra caj jika kereta dipulangkan dalam keadaan kotor. Biasa la ! Adat menyewa kereta sewa. Mesti akan ada kotor sedikit.


Nak tahu harga sewa kereta Sabah, boleh tengok sini, Senarai Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah.


Kalau nak tanya sahaja pun boleh ! Boleh Call / SMS / Whatsapp saya , Faizul 019 481 7846. InsyaAllah, saya akan balas.


19 December 2013

Risiko Kereta Sewa Sabah

Kenapa kami perlukan butiran seperti Nama penuh pelanggan, No IC, No Penerbangan dan Jadual Penerbangan seperti yang tertera disebelah, setiap kali customer ingin bertanya atau membuat tempahan Kereta Sewa di Sabah.


Risiko Kereta Sewa Sabah
Contoh rekod pencuri kereta sewa



Pertamanya adalah untuk membuat tapisan. Kenapa ? Ya .. untuk makluman anda, seperti kami yang membuat perkhidmatan kereta sewa di Sabah, kami terdedah dengan banyak risiko seperti Kecurian Kereta, Kecurian Sparepart Kereta (cth : gearbox, tayar, engine), Kemalangan, Aktiviti Keganasan (cth : rompakan, pembunuhan, pengganas), dan sebagainya.


Jadi setiap kali kami mendapat butiran pelanggan, kami akan membuat semakan terlebih dahulu dalam pangkalan data syarikat kami, dan pangkalan data yang berkaitan, untuk memastikan pelanggan yang ingin menyewa, benar-benar bebas dari aktiviti diatas dan tidak diragui.


Selain itu, kami perlukan butiran tersebut, untuk mengira jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan, tak nak la nanti bila, dah bagi jumlah harga, tetiba kami dapati, kereta sewa tersebut dibawa ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna, padahal sepatutnya ada bayaran tambahan yang sepatutnya dikenakan bagi perjalanan melebihi 200KM (sehala). Butiran lanjut, bayaran tambahan, ada diterangkan di sini, Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah


Sebab itu, sering kali kami ditanya, kenapa perlukan butiran diatas walaupun hanya untuk servey harga. Jadi kami harap, pelanggan dapat memahami niat kami yang sebenarnya, bukan untuk menyusahkan , tetapi untuk memudahkan kedua-dua belah pihak.

09 July 2013

Penerbangan Delay, Apa Perlu Anda Lakukan

Pengalaman menunggu penumpang kereta sewa, di airport Kota Kinabalu, Sabah, memang banyak ! Antaranya, penyewa yang lambat sampai disebabkan penerbangan ditangguhkan (delay). Kalau 10-20 minit, tak apa lagi. Nie kadang-kadang, boleh hingga 2-3 jam. Ada tu, yang tak sampai-sampai pun ada, sebab tertinggal kapal terbang dan hal-hal lain.


kereta sewa sabah airport kota kinabalu



Bagi penyewa kereta sewa, perkara seperti ini, mungkin adalah perkara biasa, akan tetapi bagi runner atau kami yang menunggu ketibaan penyewa, ianya memang satu pekerjaan yang memenatkan. Bayangkan la, menunggu dua tiga jam di airport. Lepas tu nak kejar trip lain lagi. Jadi banyak masa terbuang kat situ sahaja. Disebabkan kelewatan seperti itu, banyak rancangan tergendala dan lari dari jadual yang ditetapkan.


Sebab itu la, kami memohon kepada penyewa, sekiranya anda tak jadi nak sewa kereta, ataupun mengalami situasi "penerbangan delay", sila maklumkan kami dengan segera supaya kami dapat menjadualkan semula penghantaran kereta sewa yang anda tempah.

05 July 2013

Kereta Sewa Sabah - Myvi Auto

Dua tiga minggu lepas, kami menerima sebuah lagi Myvi auto baru yang akan digunakan sebagai kereta sewa di Sabah yang mula disewakan mulai bulan Jun 2013. Alhamdulillah, dengan Myvi ini dan sebuah lagi Saga FLX yang akan keluar sebelum raya, insyaAllah akan dapat menampung pemintaan kereta sewa yang makin bertambah setiap minggu.


kereta sewa sabah kk myvi



Kami lebih menggalakkan anda untuk membuat tempahan lebih awal, memandangkan ramai yang yang tak dapat kereta disaat-saat akhir. Oleh itu, kami berharap anda dapat Rancang Percutian Anda & Tempah Kereta Sewa Sekarang !


kereta sewa sabah kk myvi 2013



Untuk tempahan, pertanyaan dan rundingan harga berkenaan kereta sewa Myvi auto ini atau kenderaan lain, anda boleh menghubungi saya, Faizul, 0194817846.


08 April 2013

Testimoni Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, berikut adalah antara testimoni customer, yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa kami, Pn Zaharani yang menyewa kereta sewa Avanza 1.3 Auto First Edition, untuk perjalanan ke Kundasang. Dari pertanyaan menerusi WhatApp, beliau sangat berpuas hati, dengan perkhidmatan yang kami sediakan

Jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa kami, untuk tempahan, anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah;

Call/SMS/WhatApp/WeChat/Viber 
Faizul - 019 4817846 

Testimoni Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah



Antara testimoni dari Blogger

1. Testimoni Kereta Sewa Sabah - Blogger Sharal-La

2. Mira Edora : Kota Kinabalu Trip : Day 2

3. Travel Uniquely : The Tour Before Climbathon 2013